Get RM30 discount on your first purchase
Get it Now!
Windows shortcut untuk windows 10 dan 11

30 Keyboard Shortcut untuk Windows 10 dan Windows 11 yang Memudahkan Kerja Harian Anda

Share this:

Kalau anda macam kami, setiap hari mesti duduk depan komputer — sama ada untuk kerja, belajar, atau sekadar layan YouTube. Nak cepat kena guna keyboard shortcut.

Tapi, pernah tak anda rasa macam banyak sangat masa terbuang sebab terlalu bergantung pada tetikus (mouse)?

Nak buka tingkap (window) baru, nak tukar antara aplikasi, nak cari fail — semuanya ambil masa.

Windows shortcut untuk windows 10 dan 11

Jadi, hari ni kami nak kongsikan 30 keyboard shortcut untuk Windows 10 dan Windows 11 yang akan memudahkan hidup anda.

Serius, bila dah biasa guna, memang laju kerja. Tak perlu lagi klik sana sini — tekan je butang, terus jalan!

Okay, jom kita mula.

Table of Contents

Keyboard Shortcut Asas (Basic Windows Shortcut)

Kita mulakan dengan asas dulu, yang ni perlu tahu sebab paling banyak digunakan setiap hari.

1. Ctrl + CCopy

Nak salin teks atau fail? Tekan Ctrl + C. Shortcut paling klasik.

2. Ctrl + VPaste

Lepas salin, mestilah nak tampal kan? Ctrl + V je, siap.

3. Ctrl + XCut

Kalau nak pindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain, gunalah Ctrl + X. Cut and paste.

4. Ctrl + ZUndo

Tersalah delete atau taip? Ctrl + Z boleh selamatkan hidup anda. Dapat semula perkara yang lepas.

5. Ctrl + YRedo

Kalau anda tersilap undo, tekan Ctrl + Y untuk redo balik.

Keyboard Shortcut Berkaitan Fail dan Folder

Shortcut ni berguna masa anda tengah cari fail dalam File Explorer.

6. Windows + EBuka File Explorer

Shortcut cepat untuk buka folder dan cari fail.

7. Alt + EnterProperties fail/folder

Nak tengok maklumat fail atau folder, tekan je Alt + Enter.

8. F2Rename fail/folder

Highlight fail, tekan F2, dan terus boleh tukar nama.

9. Ctrl + NBuka tingkap (window) File Explorer baru

Kadang-kadang nak buka dua tingkap serentak — Ctrl + N sangat berguna.

10. Ctrl + Shift + NBuat folder baru

Tak perlu klik kanan. Tekan je Ctrl + Shift + N dan terus muncul folder baru.

Lagi artikel menarik: Masalah Laptop Terpakai? Ini 5 Perkara Anda Boleh Lakukan Jika Laptop Buat Hal

Shortcut Kawalan Tingkap dan Desktop

Shortcut ni akan bantu anda kawal layout skrin dengan lebih cekap.

11. Windows + DTunjuk/ Sembunyi desktop

Nak cepat-cepat ke desktop? Tekan Windows + D.

12. Windows + TabBuka Task View

Lihat semua aplikasi terbuka dengan gaya visual. Macam Mission Control di Mac.

13. Alt + TabTukar antara aplikasi

Shortcut lama yang masih power — Alt + Tab je untuk lompat antara applikasi.

14. Windows + Arrow Kiri/KananSnap tingkap ke kiri/kanan skrin

Nak kerja secara split screen? Guna shortcut ni.

15. Windows + LKunci komputer

Nak tinggal PC sekejap? Kunci (lock) je dengan Windows + L.

Lagi artikel menarik: 5 Sebab Laptop Terpakai Lebih Berbaloi Berbanding Laptop Baru

Keyboard Shortcut Untuk Multitasking Lebih Power

Windows 10 shortcut dan Windows 11 shortcut memang direka untuk multitasking. Jom tengok beberapa yang mungkin anda belum tahu.

16. Windows + Ctrl + DBuat Virtual Desktop Baru

Kalau banyak sangat applikasi terbuka, buat “desktop baru” untuk asingkan kerja.

17. Windows + Ctrl + Panah Kiri/KananTukar antara Virtual Desktop

Senang sangat nak lompat antara desktop yang berbeza.

18. Windows + Ctrl + F4Tutup Virtual Desktop

Dah tak perlukan desktop tu? Tekan shortcut ni untuk tutup.

19. Windows + Number (1-9)Buka app di taskbar mengikut urutan

Contoh: Windows + 1 buka applikasi pertama di taskbar. Jimat masa klik.

20. Windows + TScroll antara aplikasi di taskbar

Nak preview apps yang tengah jalan? Tekan Windows + T dan guna panah.

Keyboard Shortcut Untuk Fungsi Sistem

Shortcut ni bantu anda kawal fungsi sistem macam tetapan dan notifikasi.

21. Windows + IBuka Settings

Senang sangat nak buka Settings — tekan je Windows + I.

22. Windows + ABuka Action Center (Windows 10) / Quick Settings (Windows 11)

Shortcut ni bantu akses setting penting seperti WiFi, Bluetooth, dsb.

23. Windows + SCari apa-apa dalam PC

Nak cari app, fail, atau setting? Tekan je Windows + S.

24. Windows + R – Keyboard shortcut untuk Buka Run command

Kalau anda jenis yang suka guna arahan Run, ni shortcut wajib tahu.

25. Ctrl + Shift + EscBuka Task Manager

Shortcut paling direct untuk buka Task Manager bila sistem hang.

Keyboard Shortcut Untuk Screenshot dan Rakaman

Tak lengkap rasanya kalau tak sebut pasal shortcut untuk tangkap gambar skrin.

26. PrtScnTangkap seluruh skrin

Dia simpan gambar dalam clipboard. Boleh paste dalam Paint atau Word.

27. Windows + Shift + SSnip & Sketch (Tangkap sebahagian skrin)

Sangat berguna untuk pilih kawasan tertentu je.

28. Windows + GBuka Game Bar (Termasuk fungsi rakam skrin)

Walaupun namanya “Game Bar”, ramai guna untuk rakam tutorial dan kerja juga.

Keyboard Shortcut Kurang Dikenali Tapi Power

Yang ni mungkin tak ramai tahu, tapi memang sangat membantu.

29. Ctrl + Shift + TBuka semula tab browser yang tertutup

Tertutup tab penting tadi? Tekan je Ctrl + Shift + T, kembali semula.

30. Windows + HAktifkan Voice Typing (Windows 11)

Tak rajin menaip? Guna Windows + H dan cakap je, sistem akan taipkan untuk anda.

Cuba Anda Praktikkan, Jangan Sekadar Tahu

Okay kawan-kawan, itu dia 30 keyboard shortcut untuk Windows 10 dan Windows 11 yang memang wajib kita guna.

Bila dah biasa tekan shortcut ni, kerja anda memang pasti jadi lebih laju dan efisien.

Kami pun ambil masa sikit nak biasakan diri, tapi lepas tu dah jadi macam refleks. Nak salin, tampal, tukar aplikasi, buka folder, semua jari yang buat kerja, bukan tetikus.

Cuba anda pilih 5 shortcut yang paling berguna dulu, dan praktis guna setiap hari.

Lepas tu tambah lagi 5. Dalam seminggu, mesti dah jadi power user.

Rujukan & Sumber

  1. Microsoft Support – Keyboard shortcuts in Windows
  2. Windows Central – Best keyboard shortcuts for Windows 10/11
  3. How-To Geek – Complete List of Windows Shortcuts

Lepas ni, kalau ada kawan tanya, “Eh, macam mana kau buka desktop cepat sangat?”, anda dah tahu nak jawab apa. 😉

Share this:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name

Shopping Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.