Laptop Slow? Cuba 3 Tips Ini Sebelum Upgrade

laptop slow cuba tips ini sebelum upgrade
Share this:

Pernah tak anda tengah buat kerja tiba-tiba laptop jadi perlahan? Nak buka browser lambat, klik sana sini delay, kadang-kadang sampai hang terus.

Memang stress, lagi-lagi bila tengah urgent nak siapkan kerja atau assignment.

Masalah laptop slow atau laptop perlahan ni sebenarnya sangat common. Lagi-lagi kalau laptop dah digunakan beberapa tahun.

Tapi ramai ingat bila laptop dah mula perlahan, terus kena beli baru atau upgrade mahal-mahal.

Tidak semestinya…

Ada beberapa perkara asas (basic) yang boleh anda cuba dulu sebelum fikir nak upgrade RAM atau tukar SSD. Kadang-kadang masalah kecil je, tapi sebab tak tahu, terus rasa laptop dah rosak.

Dalam artikel ni saya nak share 3 tips mudah yang anda boleh cuba sendiri untuk kurangkan lag dan bagi laptop rasa lebih lancar.

1. Tutup Program dan Tab Yang Tak Digunakan

Ini antara punca paling biasa kenapa laptop jadi slow.

Ramai orang buka terlalu banyak benda serentak tanpa sedar. Contohnya:

  • Chrome buka 15 tab
  • YouTube tengah play
  • Microsoft Word buka
  • Excel buka
  • Canva buka
  • Zoom tengah running
  • Spotify jalan belakang
  • Adobe Reader pun buka sekali
@pothosonline Buka sikit je dah hang? Penatt… 😅 Bukan salah laptop… tapi workload dah overload 💻🔥 Upgrade je: SSD = laju terus 🚀 NVMe = lagi padu 😱 Nak cari laptop refurbished tapi tip-top condition, hubungi 018-2122510. #LaptopTip #SlowLaptop #UpgradeRAM #SSDUpgrade #NVMe #refurbishedlaptop ♬ original sound – Tip-Top Refurbished Laptop

Semua ni guna RAM dan processor laptop.

Kalau laptop anda spec rendah atau dah lama, memang cepat terasa berat. Lagi-lagi kalau masih guna 4GB RAM.

Kemaskini terkini, Microsoft sarankan sekurang-kurang 16GB RAM untuk pengguna Windows 11 terutamanya yang menggunakan AI seperti Copilot.

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar banyak program berjalan di background. Ada aplikasi yang automatik hidup bila laptop on, walaupun kita tak guna pun.

Cara mudah nak check program di background

Tekan:

CTRL + SHIFT + ESC

Ini akan buka Task Manager.

Dekat sini anda boleh nampak:

  • Aplikasi mana guna RAM tinggi
  • CPU usage
  • Program yang buat laptop berat

Kalau nampak browser makan RAM terlalu tinggi, cuba tutup tab yang tak perlu dulu.

Percaya atau tidak, kadang-kadang tutup beberapa tab browser je dah boleh rasa perbezaan.

Baca lagi: Panduan Lengkap Membeli Laptop Second Hand Murah Berkualiti 2026

2. Pastikan Storage Tidak Penuh

Ramai orang fokus dekat RAM, tapi sebenarnya storage pun main peranan besar.

Bila storage hampir penuh, laptop boleh jadi perlahan.

Terutama kalau masih guna HDD lama.

Contoh:

  • Drive C tinggal 5GB
  • Terlalu banyak file download
  • Desktop penuh dengan file
  • Recycle bin tak pernah kosong

Semua ni boleh ganggu performance.

Apa yang anda boleh buat?

Padam file yang tak diperlukan

Semak folder:

  • Downloads
  • Desktop
  • Videos
  • Recycle Bin

Kadang-kadang banyak duplicate file atau installer lama yang dah tak digunakan.

Uninstall aplikasi yang jarang guna

Masuk:

Settings > Apps

Buang aplikasi yang dah tak digunakan.

Contoh:

  • Game lama
  • Software trial
  • Antivirus duplicate
  • Editing software yang dah tak pakai

Gunakan Disk Cleanup

Windows sebenarnya ada tool sendiri untuk bersihkan temporary file.

Cari:

Disk Cleanup

Kemudian pilih drive C dan buang:

  • Temporary files
  • Cache
  • Update lama

Ini boleh bantu bagi ruang tambahan dan kurangkan beban laptop.

3. Kurangkan Startup Program

Pernah tak laptop ambil masa terlalu lama untuk masuk desktop selepas on?

Kadang-kadang bukan sebab laptop rosak, tapi terlalu banyak startup apps.

Ada aplikasi yang automatik launch bila laptop hidup seperti:

  • Teams
  • Discord
  • Spotify
  • OneDrive
  • Adobe updater
  • Zoom

Semua ni berjalan serentak masa startup.

Hasilnya:

  • boot lambat
  • laptop rasa berat
  • kipas berpusing kuat

Cara nak disable startup apps

Tekan:

CTRL + SHIFT + ESC

Pergi tab:

Startup

Kemudian disable aplikasi yang tak penting.

Contoh:

  • Spotify
  • Teams
  • Skype
  • Game launcher

Jangan disable driver penting seperti:

  • audio driver
  • graphic driver
  • touchpad driver

Kalau tak pasti, Google dulu nama aplikasi tersebut.

Biasanya selepas disable startup apps yang tak perlu, laptop akan boot lebih cepat dan rasa lebih ringan.

Bila Perlu Upgrade?

Kalau dah cuba semua tips di atas tapi laptop masih slow, mungkin dah sampai masa untuk upgrade.

Tapi jangan risau. Kadang-kadang upgrade kecil pun dah cukup untuk bagi perubahan besar.

Upgrade SSD

Kalau laptop anda masih guna HDD, ini upgrade paling berbaloi. Perbezaan memang ketara.

Laptop yang ambil masa 2-3 minit untuk boot boleh jadi bawah 20 saat selepas tukar ke SSD.

Buka aplikasi pun jauh lebih cepat.

Untuk penggunaan biasa seperti:

  • Office
  • Browsing
  • Online class
  • Meeting

SSD memang sangat membantu.

Upgrade RAM

Kalau anda jenis:

  • Buka banyak tab
  • Multitasking
  • Editing
  • Guna banyak aplikasi serentak

Tambah RAM boleh bantu laptop jadi lebih smooth.

Contoh:

  • 4GB → 8GB
  • 8GB → 16GB

Lagi besar RAM, lagi banyak aplikasi boleh berjalan serentak tanpa lag.

SSD atau RAM, Mana Perlu Upgrade Dulu?

Ini soalan paling common.

Jawapan dia bergantung kepada situasi.

Kalau masih guna HDD

👉 Upgrade SSD dulu.

Sebab perubahan paling ketara datang dari SSD.

Kalau dah guna SSD tapi masih lag bila multitasking

👉 Tambah RAM.

Especially kalau RAM sekarang cuma 4GB atau 8GB.

Jangan Terus Beli Laptop Baru

Ramai orang terus fikir nak tukar laptop baru bila laptop perlahan.

Padahal kadang-kadang:

  • Storage penuh
  • Terlalu banyak startup apps
  • HDD lama
  • RAM kecil

Bila buat sedikit tuning dan upgrade basic, laptop lama pun masih boleh digunakan dengan baik.

Especially business laptop seperti:

  • ThinkPad
  • Dell Latitude
  • HP EliteBook

Model macam ni biasanya tahan lama dan masih relevan untuk kerja office, belajar dan online meeting.

Penutup

Masalah laptop slow atau laptop perlahan memang boleh buat hilang mood. Lagi-lagi bila tengah sibuk kerja.

Tapi sebelum terus beli laptop baru atau upgrade mahal-mahal, cuba dulu 3 tips basic ni:

  • Tutup aplikasi yang tak digunakan
  • Pastikan storage tidak penuh
  • Kurangkan startup program

Kadang-kadang perubahan kecil je dah cukup untuk bagi laptop rasa lebih laju.

Kalau masih perlahan selepas cuba semua langkah ni, barulah fikir untuk upgrade SSD atau RAM.

Dan kalau anda tak pasti laptop anda sesuai upgrade apa, boleh dapatkan nasihat dulu sebelum spend duit. Klik button Whatsapp untuk pertanyaan.

Share this:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment

Name

Shopping Cart (0)

Cart is empty No products in the cart.