Permintaan terhadap laptop dengan fungsi touchscreen semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan pelajar, guru, usahawan kecil dan pekerja jarak jauh.
Namun begitu, harga untuk model baharu dengan ciri ini boleh menjadi agak mahal. Oleh itu, alternatif terbaik yang semakin mendapat tempat di hati pengguna ialah laptop terpakai seperti refurbished, iaitu peranti terpakai yang telah diperbaharui, diuji, dan disahkan berfungsi seperti baharu.
Bagi anda yang sedang mencari laptop bajet dengan skrin sentuh, berikut kami senaraikan 5 model laptop refurbished touchscreen terbaik yang boleh dimiliki dengan harga di bawah RM2000.
Ini adalah harga purata jualan dan mungkin berbeza mengikut penjual.
Artikel ini juga akan membincangkan kelebihan laptop refurbished, cadangan spesifikasi serta kenapa ia merupakan pilihan pintar untuk pengguna moden.
Kenapa Pilih Laptop Refurbished Touchscreen?
Laptop refurbished bukan sekadar “laptop terpakai” biasa. Ia telah menjalani proses pemeriksaan, pembaikan (jika perlu), pembersihan profesional dan ujian prestasi sebelum dijual semula kepada pengguna. Ramai pembeli bijak memilih laptop jenis ini kerana:
1. Kos lebih rendah berbanding model baharu, kadang-kadang sehingga 50% lebih murah.
2. Ciri dan spesifikasi masih relevan untuk keperluan harian seperti pembelajaran, mesyuarat video, penggunaan Microsoft Office, pelayaran internet dan sebagainya.
3. Fungsi touchscreen menambah fleksibiliti dalam tugasan harian, contohnya membuat nota digital atau pembentangan.
4. Sokongan waranti oleh penjual atau syarikat pengedar, memberi jaminan kepada pengguna.
Aritkel menarik lain: 5 Laptop Bajet untuk Student yang Terbaik di bawah RM1500
Kini, mari kita lihat senarai laptop yang ditawarkan di bawah RM2000 dengan ciri skrin sentuh.
Senarai Laptop Touchscreen Murah Bawah RM2000
1. Dell Latitude 5420 – Intel Core i5 11th Gen (RM1,400)
Dell Latitude 5420 merupakan model bisnes dengan skrin 14 inci, terkenal dengan reka bentuk tahan lasak dan prestasi tinggi. Dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-11, laptop ini sesuai digunakan oleh pekerja profesional mahupun pelajar.
Spesifikasi utama:
▪️Processor: Intel Core i5 11th Gen
▪️RAM: 8GB RAM DDR4
▪️Storage: 256GB SSD
▪️Skrin: 14″ Full HD Touchscreen
Purata Harga: RM1,400 – RM1,500
Kelebihan:
▪️Rekaan premium dan solid
▪️Keyboard selesa untuk menaip lama
▪️Prestasi pantas dan stabil
▪️Fungsi touchscreen responsif

Dell Latitude 5420 for Student, Professional and Business Ownwer – Touchscreen, High RAM & Big Screen
▪️Warranty 3 Bulan – beli dengan yakin
▪️Penghantaran pantas & selamat
▪️Boleh COD di Petaling Jaya, Shah Alam, Puchong, Rawang & Kuala Lumpur
2. HP ProBook 440 G8 – Intel Core i5 11th Gen (RM1,400)
HP ProBook 440 G8 direka khas untuk pengguna perniagaan. Dengan spesifikasi moden dan rekaan ringan, ia mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya pilihan ideal untuk kerja lapangan atau pembelajaran jarak jauh.

Spesifikasi utama:
▪️Processor: Intel Core i5 11th Gen
▪️Memori: 8GB RAM
▪️Storage: 256GB SSD
▪️Skrin: 14″ HD Touchscreen
Purata Harga: RM1,400 – RM1,500
Kelebihan:
▪️Reka bentuk nipis dan profesional
▪️Skrin sentuh responsif
▪️Jangka hayat bateri yang baik
▪️Sesuai untuk pengguna korporat dan pelajar
3. Lenovo ThinkPad L13 Yoga – Intel Core i5 10th Gen (RM1,100)
Model convertible ini boleh digunakan dalam mod laptop atau tablet. Dilengkapi dengan stylus (bergantung kepada unit), ia sangat sesuai untuk guru, pereka grafik, dan pengguna kreatif yang memerlukan fleksibiliti.

Spesifikasi utama:
▪️Processor: Intel Core i5 10th Gen
▪️Memori: 8GB RAM
▪️Storage: 256GB SSD
▪️Skrin: 13.3″ Full HD Touchscreen 2-in-1
Purata Harga: RM1,100 – RM1,300
Kelebihan:
▪️Boleh dilipat 360 darjah (mod tablet)
▪️Sesuai untuk pembentangan dan lakaran
▪️Binaan ThinkPad yang tahan lasak
4. Dell Latitude 5300 2-in-1 – Intel Core i5 8th Gen (RM1,500)
Dell Latitude 5300 menawarkan kebebasan untuk bertukar antara mod laptop dan tablet. Skrinnya yang berputar sepenuhnya menjadikan ia pilihan fleksibel untuk tugasan harian atau mesyuarat interaktif.

Spesifikasi utama:
▪️Processor: Intel Core i5 8th Gen
▪️Memori: 8GB RAM
▪️Storage: 256GB SSD
▪️Skrin: 13.3″ Touchscreen
Purata Harga: RM1,500
Kelebihan:
▪️Mudah dibawa dan ringan
▪️Paparan sentuh berkualiti
▪️Reka bentuk moden dan ergonomik
5. HP EliteBook x360 1030 G3 – Intel Core i5 8th Gen (RM1,900)
EliteBook x360 G3 merupakan model kelas premium HP dengan reka bentuk aluminium, skrin sentuh berkualiti tinggi, dan prestasi tahan lama.
Sangat sesuai untuk pengguna profesional yang perlukan gaya dan prestasi dalam satu peranti.

Spesifikasi utama:
▪️Processor: Intel Core i5 8th Gen
▪️Memori: 8GB RAM
▪️Storage: 256GB SSD
▪️Skrin:13.3″ Full HD Touchscreen (360° Convertible)
Harga: RM1900
Kelebihan:
▪️Paparan sentuh tajam dan cerah
▪️Reka bentuk premium dan tahan lasak
▪️Sesuai untuk mesyuarat dan pembentangan
Tips Sebelum Membeli Laptop Refurbished
Sebelum membuat pembelian, berikut beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Semak jaminan (warranty) – Pastikan anda membeli daripada penjual yang menawarkan jaminan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 bulan.
2. Periksa keadaan fizikal – Laptop refurbished mungkin mempunyai calar atau kesan penggunaan ringan. Namun ia tidak sepatutnya menjejaskan prestasi.
3. Sahkan spesifikasi – Pastikan spesifikasi seperti RAM, SSD, dan jenis prosesor adalah seperti yang diiklankan.
4. Sistem operasi – Pastikan laptop dilengkapi dengan sistem operasi yang sah dan terkini seperti Windows 10 atau Windows 11.
Kesimpulan: Laptop Bajet Touchscreen yang Berbaloi
Jika anda sedang mencari laptop touchscreen murah dengan bajet di bawah RM2000, pilihan refurbished seperti yang disenaraikan di atas merupakan alternatif terbaik.
Ia menawarkan nilai luar biasa tanpa mengorbankan prestasi atau fungsi penting.
Dari Dell Latitude 5420 yang berkuasa, hingga HP EliteBook x360 yang premium, semua model ini sesuai untuk kegunaan harian, kerja profesional atau pembelajaran.
Fungsi touchscreen pula menambah fleksibiliti dan keselesaan dalam interaksi dengan peranti.
Berminat untuk memiliki laptop seperti ini?
Layari POTHOS untuk melihat lebih banyak pilihan laptop refurbished, lengkap dengan jaminan, sokongan selepas jualan dan penghantaran ke seluruh Malaysia.