Anda baru beli laptop? Sama ada anda baru beli laptop baharu yang berkilat atau laptop terpakai dengan harga jimat, ada beberapa perkara penting yang anda kena buat SELEPAS unbox laptop tersebut.
Jangan terus install Netflix atau main game, kita kena set up elok-elok dulu, barulah laptop tahan lama dan selamat dari segala jenis ‘penyakit’ digital.
So jom kita kita ketahui 8 perkara penting yang kena buat selepas membeli laptop, sama ada baharu atau terpakai.
Let’s go!
1. Periksa Keadaan Fizikal Laptop
Mula-mula sekali, perika atau check keadaan fizikal laptop. Ini asas paling penting, tapi ramai abaikan sebab ingat semua okay je.
Apa yang anda kena periksa?
- Skrin – Ada dead pixel? Garisan pelik? Warna okay tak?
- Keyboard – Semua key berfungsi? Cuba tekan satu-satu.
- Trackpad / Mouse – Responsif tak? Ada delay?
- Charger – Masuk tak kuasa? Longgar ke?
- Kamera – Buka aplikasi kamera, check terang ke tak.
- Speaker & Audio Jack – Cuba play video YouTube, dengar bunyi okay ke tak.
- Port USB, HDMI, dan lain-lain – Cuba cucuk satu-satu untuk pastikan semua hidup.
Kalau beli laptop terpakai, tips ni memang sangat penting. Kadang-kadang nampak luar okay, tapi dalam banyak ‘rahsia’. Jadi pastikan semua berfungsi sebelum anda guna sepenuhnya.
Artikel menarik lain: Perbezaan antara Laptop Baharu, Terpakai atau Refurbished: Mana Lebih Baik?
2. Install Antivirus (Atau Update yang Sedia Ada)
Okay, lepas dah puas hati dengan keadaan fizikal, langkah keselamatan laptop yang seterusnya ialah install antivirus.
Kalau anda guna Windows 10 atau Windows 11, berita baik! Windows dah ada antivirus terbina dalam yang dipanggil Windows Security (dulu dikenali Windows Defender).
Tapi anda kena pastikan antivirus tu updated. Kalau tak update, dia macam guard tidur kat pintu pagar, tak guna jugak.
Macam mana nak update?
- Pergi kat Search bar, taip “Windows Security”.
- Buka app tu dan klik “Virus & threat protection”.
- Klik “Check for updates”.
Kalau anda nak guna antivirus lain seperti Avast, Bitdefender, atau Kaspersky, boleh jugak—terpulang pada bajet dan keselesaan.
Tapi ingat, jangan install lebih daripada satu antivirus, nanti laptop dan system jadi slow.
3. Scan USB Pendrive Sebelum Buka
Ini juga ramai tak tahu atau malas nak buat, scan dulu USB sebelum buka folder. Serius, ni salah satu cara menjaga laptop dari serangan virus yang senyap.
Contoh situasi: Anda cucuk pendrive kawan yang penuh assignment, tapi dalam pendrive ada virus jenis autorun. Bila anda klik je folder, bam, terus virus tu serang laptop anda.
So apa nak buat?
- Buka File Explorer
- Right-click pada drive pendrive tu
- Pilih Scan with Windows Defender (atau antivirus)
- Tunggu sampai habis scan
Kalau result bersih, baru buka folder dia. Mudah kan? Simple tapi sangat berkesan.
4. Update Semua Patch & Driver
Lepas tu, kita beralih kepada update patch dan driver. Ramai pengguna laptop tak ambil berat hal ni sebab fikir sistem dah okay. Tapi sebenarnya, update ni sangat penting sebab:
- Tambah ciri keselamatan baru
- Baiki bug yang boleh buat laptop crash
- Tingkatkan prestasi dan kecekapan
Cara nak update kat Windows 11:
- Klik Start dan taip “Check for updates”.
- Klik pilihan tu, dan sistem akan mula cari update.
- Install semua yang disarankan — termasuk optional drivers kalau perlu.

Pastikan juga driver kad grafik, driver Wi-Fi, dan driver audio dikemaskini. Kalau tak pasti, boleh guna software macam Driver Booster atau terus ke laman web rasmi pengeluar laptop (contoh: Dell, ASUS, HP) untuk muat turun driver terkini.
5. Guna Laptop di Kawasan Berpengudaraan Baik
Sekarang ni, kita cerita bab suhu. Laptop ni sebenarnya manja sikit dengan haba. Kalau anda guna dalam bilik panas, tak ada kipas, dan letak atas tilam—lambat laun, hardware boleh rosak.
Tips laptop terpakai atau baru:
- Guna laptop atas meja keras (bukan atas bantal, tilam, atau karpet).
- Pastikan ada kipas berdekatan.
- Kalau ada aircond, lagi bagus.
- Boleh beli cooling pad kalau jenis main game berat.
Suhu tinggi boleh sebabkan prestasi laptop jatuh mendadak (thermal throttling), bateri cepat rosak, dan motherboard overheat. So, pastikan persekitaran selesa bukan hanya untuk anda, tapi untuk ‘baby’ baru ini juga.
Artikel menarik lain: 8 Tips Bijak Sebelum Membeli Laptop Terpakai
6. Aktifkan Backup & Recovery
Next, kita pergi pada langkah yang ramai orang skip iaitu sediakan backup. Percayalah, benda ni tak rasa penting selepas membeli laptop sehinggalah satu hari semua fail hilang sebab virus atau hard disk rosak.
Windows ada satu fungsi backup automatik:
- Pergi ke Settings > Update & Security > Backup.
- Pilih “Add a drive” dan sambungkan hard drive luaran.
- Setkan supaya backup dibuat secara berkala.
Jangan lupa juga setup System Restore Point supaya kalau ada error lepas install software baru, anda boleh ‘patah balik’ ke keadaan sebelum tu.
7. Uninstall Bloatware & Install Software Penting
Biasanya laptop baru datang dengan software ‘pelik-pelik’ yang anda tak perlukan pun dipanggil bloatware.
Contohnya:
- Trial antivirus yang expired
- Game yang anda takkan main
- Software vendor yang berat
Buang semua tu dan install software yang anda betul-betul guna sahaja seperti:
- Google Chrome / Mozilla Firefox
- Microsoft Office / LibreOffice
- VLC Media Player
- Notepad++ / VS Code
- Zoom / Teams
Lebih ringan sistem, lebih laju prestasi laptop.
8. Aktifkan Ciri Keselamatan Tambahan
Akhir sekali, jom pasang ‘alarm’ untuk laptop kita. Kita nak pastikan kalau berlaku apa-apa, orang tak senang-senang je buka dan curi maklumat kita.
Antara ciri keselamatan laptop yang boleh diaktifkan:
- BitLocker – encrypt semua data dalam laptop supaya orang luar tak boleh baca tanpa password.
- PIN / Biometric Login – guna fingerprint atau PIN code untuk log masuk.
- Find My Device – enable dari Settings supaya boleh kesan laptop kalau hilang.
- Password BIOS/UEFI – kalau betul-betul nak high security, boleh set password untuk masuk BIOS setup (tapi jangan lupa password tu ya!).
Langkah ni sangat penting, lebih-lebih lagi kalau anda simpan fail kerja, maklumat peribadi, atau akaun bank.
Penutup: Jaga Baik, Tahan Lama
Itu dia 8 langkah penting selepas membeli laptop. Nampak macam banyak, tapi semua ni sangat berbaloi untuk pastikan pembelian laptop anda tahan lama dan bebas dari masalah.
Ingat, tak kisahlah laptop tu baru keluar kotak atau secondhand dari Shopee—semua laptop perlukan penjagaan dan setup yang betul.
Semoga tips ni membantu anda lebih bersedia dan yakin dalam cara menjaga laptop baru.
Kalau anda ada kawan yang baru beli laptop, share je post ni dekat dia. Biar semua orang tahu tips selepas membeli laptop yang betul dan selamat.
Rujukan:
Comment (1)